Header Ads

Anwar Yakin Dapat Sokongan Jadi Perdana Menteri

anwar

Nampaknya kerusi Perdana Menteri Malaysia menjadi idaman buat ramai ahli politik di negara kita ini. Seperti kita sedia maklum, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah insan yang tidak pernah jemu dan berputus asa dalam mendapatkan kerusi keramat itu.

Sejak berzaman lalu, Datuk Seri Anwar Ibrahim sering menjadi bakal Perdana Menteri Malaysia. Baru-baru ini pun beliau nyaris menjadi Perdana Menteri tetapi telah "disailang" oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, optimis mendapat dan mempunyai sokongan diperlukan untuk menjadi Perdana Menteri.

Beliau berkata, Pakatan Harapan (PH) sudah membuat pendirian mengenai perkara itu dan statusnya tidak berubah, selain Ahli Parlimen PH yang turut menyokong.

“Ia bukan isu. Ahli Parlimen bersama saya, PH sudah membuat pendirian dan ia tidak berubah. Ia tidak berubah.

“Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamad) dalam setiap mesyuarat mingguan mengandaikan saya akan mengambil alih dan perbincangan mengenainya sedang berjalan, jadi apa isunya?

“Saya ada jumlah (Ahli Parlimen), saya ada sokongan PH dan juga Perdana Menteri.

“Jadi, ia bukan untuk saya dan (Datuk Seri) Azmin (Ali) membuat indikasi sebaliknya,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Anwar ditanya mengenai segelintir pihak yang mendakwa Mohamed Azmin yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi dan Timbalan Presiden PKR menjadi ancaman kepadanya menjadi Perdana Menteri.

Ditanya sama ada beliau akan berbincang dengan Mohamed Azmin untuk menjernihkan keadaan, Anwar mendakwa sudah dua kali menghubungi timbalannya itu.

“Ia bukan saja soal politik tapi keluarga. Saya sedia bukan hanya berbincang malah hadir dan membantu meleraikan. Ini terkeluar daripada persimpangan politik. Saya jelaskan ini kepada beliau,” katanya.

Mengulas kenyataan bersama 28 Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan kepemimpinan PKR hari ini supaya Anwar tidak mengeluarkan kenyataan yang memecah-belah parti, beliau berkata:

“Saya dimaklumkan oleh mereka yang menandatangani kenyataan itu bahawa ia bertujuan menyatukan parti dan bukan mempertikai kewibawaan saya sebagai Presiden.”

Sehingga kini Datuk Seri Anwar Ibrahim masih lagi tidak berjaya memegang kerusi Perdana Menteri Malaysia. Namun, tidak mustahil satu hari nanti kerusi itu menjadi miliknya.

4 comments:

  1. Sudah lah tu. Cukup sudah propa dan kerosakan yg dia buat semenjak 1997. Sentiasa sahaja nk bagi huru hara keadaan.

    ReplyDelete
  2. Gila nak jadi PM ghupenyerr.... Kaki kenchinggg...

    ReplyDelete
  3. zaman anuar & ato M dah tkde dah. belia dah hadam

    ReplyDelete

Powered by Blogger.
facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close