Header Ads

Pemimpin PAS Cadang Beri Kerakyatan Sementara untuk Pelarian R0hingya.

PETALING JAYA: Seorang pemimpin PAS menyarankan kerajaan memberi kerakyatan sementara kepada pelar1an Rohingya supaya kebajikan asas etnik tert1ndas itu terjaga.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Muhammad Sanusi Md Nor meminta Malaysia untuk tidak terlalu kedekuvt untuk memberi kerakyatan sementara kepada R0hingya.
“Saya fikir tidak salah kita beri kerakyatan bertempoh sehingga mereka boleh kembali ke negara asal,” katanya.
“Dengan hak kerakyatan itu, mereka boleh guna perkhidmatan kesihatan dan pelajaran melalui undang-undang serta dapat perlindungan diri dan keluarga mereka,” katanya di forum bacara Harakah mengenai R0hingya hari ini.
Beliau salah seorang panelis di forum anjuran media rasmi PAS, Harakah, yang diadakan di kedai buku Bazar Harakah di ibu negara. Beliau tampil bersama Azmi Abdul Hamid, presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) dan Prof Azamuddin Ibrahim, ketua bengkel di Persidangan Antarabangsa Mengenai Rohingya.
Sanusi yang mengetuai delegasi PAS dalam misi “Food Flotilla for Myanmar” Februari lalu, berkata cadangan kerakyatan sementara ini akan menjadikan Malaysia sebagai negara “model”.
“Saya pasti Arab Saudi, Indonesia, Thailand dan negara lain yang turut menerima l4mbakan pelar1an R0hingya tidak boleh men1ru langkah memberi hak ker4kyatan ini, jika ia dilaksanakan di Malaysia,” katanya.
“Dengan kelembutan dan kemurahan budi, saya yakin Malaysia boleh melaksanakannya.”
Malaysia pernah menghulurkan bantuan kepada pelar1an R0hingya dalam bentuk sumbangan RM10 juta untuk usaha kemanusiaan, projek pemulihan sosial di Rakhine dan misi kemanus1aan “Food Flotilla for Myanmar”.
Pada Febuari lalu, seramai 149,496 pelar1an Rohingya berdaftar dengan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelar1an (UNHCR) di Malaysia iaitu 56,458 warga R0hingya dan bakinya warga Myanmar.
Bulan lalu, Malaysia menganjurkan Persidangan Antarabangsa Mengenai R0hingya 2017 yang disertai 180 delegasi daripada Asean dan Islam untuk mengkaji isu pelar1an dan kes4nnya kepada geopolitik dunia, selain memberi cadangan penyelesaian strategik jangka pendek dan panjang.
Ia dianjurkan bersama oleh Institut Keselamatan Awam Malaysia, Yayasan Amal Malaysia, Persekutuan Antarabangsa bagi Bantuan dan Pembangunan, serta Kesatuan Ulama Islam Antarabangsa.
Sumber : FMT News

No comments

Powered by Blogger.
facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close