“Satu
dinar yang engkau belanjakan untuk perang di jalan Allah SWT dan satu
dinar yang engkau belanjakan untuk istrimu, yang paling besar pahalanya
ialah apa yang engkau berikan kepada istrimu.” (HR. Bukhari Muslim)
**Dari
hadis diatas dijelaskan bahwa harta yang diberikan (nafkahkan) kepada
keluarganya, lebih utama daripada didermakan harta bendanya untuk
perjuangan Islam. Jadi bagaimana sekiranya terdapat isteri yang sering
ditinggalkan suaminya dengan alasan dakwah, sedangkan kebajikan
anak-anak dan isterinya tidak dijaga dengan baik? Rasulullah SAW memang
seorang tokoh pendakwah yang teragung sepanjang zaman, akan tetapi
baginda sering memberikan perhatian kepada keperluan dan kebajikan
isteri-isteri baginda....
********************************************************************************************************
Tanggujawap - Pahala Paling Besar Untuk Suami Adalah Nafkah Diberikan Kepada Isteri Mereka
-Begitu
besar perhatian Rasulullah SAW, terhadap hak-hak kaum wanita,
sehinggakan baginda memberitahu kepada kaum lelaki cara yang terbaik
untuk memuliakan seorang wanita...
-Perlu
diketahui oleh para suami bahawa nafkah yang mereka berikan kepada
keluarga mereka tidaklah sia-sia di hadapan Allah SWT. Bahkan nafkah itu
akan dicatat sebagai amalan sedekahnya, sebagaimana hadit dari Abu
Mas’ud Al-Anshari dari Nabi Muhammad SAW, beliau bersabda:
“Apabila
seorang muslim memberi nafkah kepada keluarganya dan dia mengharapkan
pahala dengannya maka nafkah tadi dianggap sebagai sedekahnya.” (HR.
Al-Bukhari dan Muslim)
Bahkan
satu suapan makan yang diberikan oleh seorang suami kepada isterinya
dianggap sebagai suatu sedekah. Demikian disabdakan Nabi Muhammad pada
shahabat beliau, Sa’ad bin Abi Waqqash:
“Dan
apa pun yang engkau nafkahkan maka itu dianggap sebagai sedekah bagimu
sampaipun suapan yang engkau berikan ke mulut istrimu.” (HR. Al-Bukhari)
Dalam riwayat Muslim disebutkan:
“Tidaklah
engkau menafkahkan satu nafkah yang dengannya engkau mengharap wajah
Allah kecuali engkau akan diberi pahala dengannya sampaipun satu suapan
yang engkau berikan ke mulut isterimu.”.
MasyaAllah,
tidak sanggup bagi baginda Rasulullah SAW untuk menjadikan kaum hawa
mangsa dari sikap suami mereka yang tidak bertanggungjawab. Namun
sayangnya ada segelintir suami di zaman sekarang lebih mengutamakan
keperluan dan kehendak mereka sendiri berbanding keutamaan memberi
nafkah pada isteri.
Lebih
teruk lagi apabila isteri mereka mempunyai sumber pendapatan sendiri,
ramai yang lepas tangan dan nafkah bulanan sepatutnya yang diberikan
terus diabaikan. Walhal ada beberapa perkara asas yang memang wajib
menggunakan wang suami.
Dari segi nafkah suami kepada isteri, suami perlu sediakan 5 nafkah ini
1. Makan minum isteri
a)
duit belanja diri (menurut Lembaga Zakat, potongan ke atas isteri
adalah RM3,000 setahun. Bila dibahagi 12 bulan…jadi RM250 sebulan. Pun
begitu, ia bergantung pada pendapatan/ehsan suami)
b) duit belanja dapur
2. Peralatan mandian
3. Ubat ubatan / medical
4. Pakaian baru 2 persalinan setahun. Ini termasuk pakaian dalam, telekung, tudung, kasut dll.
5. Rumah yang selesa untuk isteri tinggal dengan aman dan mudah membuka auratnya (tiada yang bukan mahram). Termasuk segala bil berkaitan rumah.
– petikan kuliah Ustaz Fawwaz
Nasihat
saya… kepada isteri, bila dah tahu bab nafkah ni, jangan pula demand
lebih-lebih hingga di luar kemampuan suami ye. Apa2 pun ikut kemampuan
suami. Jadilah penyejuk hati suami dalam segala keadaan. Kalau suami tak
mampu, sedikit yang suami bagi tu kita bersyukurlah. Bila bersyukur,
moga Allah tambah nikmat dan hidup pun lebih bahagia.
Satu
lagi, tolonglah para isteri untuk amanah dengan duit yang suami beri.
Misalnya untuk duit belanja dapur, bila memasak tu jangan terlalu
berlebihan. Makan berempat saja, tapi masak macam untuk 10 orang. Bila
tak habis, simpan peti ais…terlupa pulak nak makan..akhirnya dibuang.
Kata ustaz, isteri yang selalu macam ni…isteri yang khianat. Dia tidak
amanah. Mungkin dia tak sedar yang perbuatannya itu boleh mendatangkan
dosa.
Bagi
suami yang isterinya bekerja pula, jangan sedap sangat guna duit isteri
tanpa izinnya. Dah lah duit rumah guna potongan gaji isteri, duit dapur
pun under isteri….duit makan isteri kat ofis tak pernah hulur…konon
cakap, “duit gaji saya, saya simpan untuk emergency..untuk kegunaan kita
jugak”….Awak, kalau isteri awak tu tak halalkan, tak lepas nanti awak
kat akhirat.
Ada
sahabat saya beritahu, suaminya setiap malam sebelum tidur akan selalu
minta maaf dan minta dihalalkan jika dia ada teralpa tentang
tanggungjawabnya atau ada termakan duit isterinya. Bila suami cakap
macam tu…takkanlah kita tegar untuk tidak memaafkan. Betul tak?
Isteri
jika bekerja, walaupun memang bukan tanggungjawab kita untuk cover
belanja rumah, tapi jika suami memang tak mampu, kita belajarlah untuk
sabar dengan ujian ni, belajar untuk redha dan seterusnya bersyukur.
Kenapa perlu syukur? Bersyukurlah kerana di sebalik ketidakmampuan suami
itu, ada hikmah tersembunyi. Allah rupa-rupanya nak bagi kita pahala
besar. Mulai sekarang, segala yang kita belanja untuk keluarga tu
niatkanlah sebagai sedekah. Sedekah pada keluarga terdekat, pahalanya
sangat WOW melebihi pahala sedekah fisabilillah kata ustaz. Sentiasa
ingat, hidup kita di dunia ni untuk kumpul pahala sebanyak-banyaknya.
Syurga tu kan mahal.
Sesungguhnya sedekah itu menggugurkan dosa seperti air memadamkan api…juga membentengkan kita daripada api neraka.
Beruntung
sekali bagi seorang isteri yang memiliki suami yang pemurah dan tidak
berkira kepada diri mereka. Rasulullah SAW merupakan seorang suami yang
paling pemurah kepada isteri-isteri baginda, juga kepada sahabat dan
kaum keluarganya. Sikap pemurah Rasulullah SAW menjadikan isteri-isteri
baginda semakin mencintai dan menyayangi baginda.
Post a Comment