Header Ads

"Tak Malu Aihhh Jual Ikan Ni", Pemain Bola Sepak Negeri Kedah Siap Sedekah Hasil Jualan

Perintah Kawalan Pergerakkan yang berlangsung ketika ini bukan sahaja menjejaskan pendapatan mereka yang bergaji rendah, bahkan mereka yang bergaji belasan ribu turut terkesan.
Perkara tersebut dialami sendiri pemain bola sepak yang bermain untuk pasukan Kedah iaitu Azmeer Yusof. Dalam pada tempoh PKP ini, Azmeer tidak malu mengakui bahawa dia berniaga ikan berikutan perlawanan Liga M yang dijadualkan terpaksa ditangguh akibat pendemik Covid-19.

Jangan malu buat kerja halal

Dalam pada perkongsiannya itu, dia turut menyertakan kata-kata semangat kepada para pemain bola sepak agar tidak malu melakukan apa sahaja pekerjaan yang penting halal disisi Allah.




Persediaan apabila sudah tak diperlukan
Azmeer turut memberitahu bahawa ketika ini, hasil pendapatannya adalah menerusi jualan ikan di sekitar Lembah Klang. Dia sempat menasihatkan agar rakan-rakannya memikirkan tentang masa hadapan dan menjadikan situasi sekarang sebagai satu ‘latihan’ apabila sudah tidak bermain bolasepak.


jadi contoh kepada semua

Sehubungan dengan perkongsian yang dibuat oleh pemain Kedah itu, rata-rata warganet telah menyetujui apa yang diperkatakan olehnya.
Mereka juga memuji tindakan Azmeer yang langsung tidak malu berniaga ikan walaupun merupakan seorang pemain bolasepak profesional yang pastinya mempunyai pendapatan yang besar.

Pandai cari duit semasa PKP ni

Semoga terus dimurahkan rezeki

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

No comments

Powered by Blogger.
facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close