Header Ads

“Dialah Angg0ta P0lis Yang Saya Cari” Abang Terkejut Dapat WhatsApp ‘Kembar’ Arwh Adik, Walau Berlainan Ibu Tetap Dijemput Ke Rumah

KEMBAR berlainan ibu. Itulah yang dapat menggambarkan situasi mengenai perkenalan tidak dijangka antara dua jejaka ini.
Segalanya bermula apabila Ismail Mohd Razak, 42, membuat satu posting mencari seorang anggota polis yang bertugas ketika musim Covid-19 gara-gara wajah mirip arwah adiknya, Abd Jalil yang meninggal dunia kira-kira tujuh tahun lalu.
Dek kerana kuasa netizen, kurang 12 jam selepas postingnya tular Ismail tiba-tiba mendapat mesej daripada anggota polis tersebut yang hanya dikenali sebagai Asyraf.
“Lepas posting saya tular tiba-tiba saya dapat mesej daripada lelaki bernama Asyraf. Rupa-rupanya dialah anggota polis yang saya cari tu.
“Dia beritahu dapat nombor telefon saya daripada rakan sekerjanya. Memang saya terkejut. Alhamdulillah, terima kasih kepada yang membantu dan mendoakan,” katanya. 

Gambar Asyraf (kiri) yang dikatakan ada mirip wajah arwah adik Ismail (kanan).
Wajah Asyraf tular di media sosial gara-gara netizen berkongsi gambar anggota polis yang berpanasan sehingga berbelang muka semasa membuat sekatan jalan raya sepanjang tempoh PKP.
Bagaimanapun Ismail berkata dia berhasrat untuk mempertemukan ibunya, Asmah Man, 63, dengan Asyraf sebaik saja selesai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana tidak mahu mengganggu tugas ‘kembar’ adiknya itu.
“Bila dapat WhatsApp Asyraf saya terus call mak. Memang mak teringin nak jumpa tapi saya akan aturkan pertemuan itu selepas PKP.
“Buat masa ini saya tak nak ganggu dia bertugas. Biarlah semuanya selesai. Utamakan apa yang penting dulu,” katanya.
“Hati seorang ibu walaupun bukan anak sendiri tapi bila ada wajah iras mungkin dapat menghilangkan rasa rindu dia. Dia tahu anak dia suka makan apa. Mungkin dia akan masak masakan digemari arwah adik.”
ISMAIL MOHD RAZAK
ABANG
Menurut Ismail yang bertugas di Lumut, Perak, Asyraf merupakan seorang anggota polis yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang.
“Dia orang Selangor tapi bertugas di Seberang Perai Tengah. Jadi memang dekatlah. Kira-kira sejam perjalanan dari rumah mak di Kampung Che Isa, Nibong Tebal.
“Saya dimaklumkan ini masuk tahun kedua dia bertugas di Seberang Perai. Habis rekrut dia terus posting di sana,” katanya.
Mesej perbualan Ismail dengan Asyraf.
Ismail berkata dia terdetik untuk mencari anggota polis tersebut selepas melihat gambar ditunjukkan isterinya yang ditemui di media sosial seakan-akan mirip adik kelimanya itu.
“Selepas isteri tunjuk gambar viral polis tu dalam grup WhatsApp famili dan mereka semua kata seiras dari situlah saya tekad nak cari dia.
“Saya post dalam Facebook saya tapi tak sangka ramai yang share sampai viral post saya tu,” katanya.
Namun Ismail berkata pencarian itu dilakukan kerana mahu mengubat kerinduan ibunya terhadap arwah adiknya itu.
“Arwah memang rapat dengan mak sebab dia anak lelaki terakhir belum berkahwin dan mengambil alih perniagaan kacang rebus ayah di pasar malam. Lagipun dia tinggal dengan mak dan ayah masa tu.
“Hati seorang ibu walaupun bukan anak sendiri tapi bila ada wajah iras mungkin dapat menghilangkan rasa rindu dia. Dia tahu anak dia suka makan apa. Mungkin dia akan masak masakan digemari arwah adik,” katanya.
Arwah Abd Jalil bersama anak sulung Ismail (kanan).
Ismail berkata adiknya meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di Perai pada 1 Mei 2013.
“Arwah langgar bongkah kayu atas highway. Masa tu dia balik dari rumah kawan di Bukit Mertajam selepas balik berniaga di pasar malam.
“Ketika kejadian arwah berusia 19 tahun. Bila tengok wajah Asyraf terus teringat arwah adik kerana saya orang pertama menerima berita kematiannya.
“Lagipun banyak kenangan saya dengan arwah. Saya tidak akan lupa kenangan ketika saya selamatkan dia jatuh dalam sungai di tepi rumah kami di kampung,” katanya.
Mengenai keperibadian arwah adiknya itu, Ismail berkata anak kelima daripada enam beradik itu seorang yang ringan tulang.
Ismail (kanan) bersama Abd Jalil (kiri) dan keluarganya.
“Dia membantu keluarga dengan mengambil alih perniagaan kacang rebus yang diusahakan ayah saya selama lebih 30 tahun.
“Dia juga disenangi ramai kerana hormat orang tua dan suka membantu. Selepas ketiadaan arwah perniagaan ayah diambil alih oleh adik kedua dan keempat,” katanya.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

No comments

Powered by Blogger.
facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close