Duit 1MDB( A$300 JUTA) Hasil Usaha Kerajaan PH, Bukan Kerajaan Pintu Belakang. Khalid Samad Takut Duit "Ditelan" PN
Nampaknya perseteruan bekas menteri dari bekas kerajaan Pakatan Harapan sehingga kini belum lagi reda.
Bekas menteri terutamanya Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad seringkali mengkritik kerajaan hari ini yang dibentuk dengan nama Perikatan Nasional.
Terbaharu, Khalid Samad membuat beberapa ciapan melalui akaun twitternya.
Menurut satu ciapan melalui twitter rasmi ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad menyatakan bahawa wang yang dipulangkan oleh Amerika Syarikat sebanyak A$300 juta dana 1MDB merupakan usaha kerajaaan PH.
Beliau menulis melalui ciapannya, ” Alhamdulillah. Usaha kerajaan PH telahpun berhasil. Tahniah AG dan MoF serta PM lama. Harap harap tidak ditelan pula oleh geng yang tidak beramanah. Kalau sanggup khianat rakan-rakan sendiri, sejauhmana boleh jamin duit dari US ini selamat? RM 1.3 Bilion tu”.
MalaysiaKini juga menulis mengenai perkara ini dimana Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan kerajaannya mesti membuktikan mereka telus semasa mengendalikan dana 1MDB bernilai RM1.3 bilion yang dikembalikan Jabatan Kehakiman AS, kata sebuah badan pemantau rasuah.
Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4) berkata hal itu dibangkitkan kerana kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang mentadbir negara ketika ini ditubuhkan bukan atas pilihan rakyat.
Penafian: Kupasan ini dibuat berdasarkan status muat naik oleh pemilik akaun peribadi/ blog peribadi yang berkongsi maklumat itu secara umum. Pihak kami tidak bertanggungjawab atas pemahaman dan tafsiran individu lain yang membacanya. Kami membuat kupasan video bagi semua parti yang ada di Malaysia. Terima kasih.
Sumber: Sumber berita ini adalah daripada Twitter Rasmi Khalid Samad dan MalaysiaKini.
Post a Comment