Header Ads

Masih belum terima RM500. 1.17 juta permohonan i-Lestari KWSP diluluskan dan ini tarikh yang dijangka masuk ke akaun bank.

SEHINGGA 12 April 2020, kerajaan meluluskan 1.17 juta permohonan i-Lestari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membabitkan pengeluaran sebanyak RM572 juta bagi Mei 2020, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Beliau berkata di bawah program itu yang dianggarkan berjumlah RM40 bilion, rakyat Malaysia boleh mengeluarkan RM500 sebulan selama 12 bulan daripada Akaun 2 KWSP mereka bagi meringankan beban dihadapi.
“Ini menunjukkan ramai rakyat Malaysia yang dapat meringankan beban mereka dengan duit ini.
“Adalah dijangka jumlah ini akan meningkat dalam bulan akan datang,” katanya menerusi siaran video di laman Facebook (FB) beliau di Kuala Lumpur, hari ini.
Menurut Tengku Zafrul, kerajaan menerima 1.28 juta permohonan i-Lestari KWSP setakat 12 April 2020.





Mengenai Kemudahan Bantuan Khas (SRF) di bawah Bank Negara Malaysia yang memperuntukkan sebanyak RM5 bilion, beliau berkata, sehingga 12 April 2020, hampir 3,000 perniagaan telah diluluskan untuk menerima bantuan itu.
“Ia membabitkan jumlah sebanyak RM1.46 bilion, atau kira-kira 30 peratus tahap pelaksanaan,” katanya.
Bagi inisiatif subsidi upah bernilai RM13.8 bilion untuk menyokong perusahaan kecil dan sederhana (PKS), menteri kewangan berkata, setakat 12 April 2020 sejumlah 31,000 majikan telah memohon.
“Daripada jumlah itu, 98 peratus adalah syarikat kecil dengan jumlah pekerja 75 orang dan ke bawah.
“Anggaran implikasinya adalah berjumlah RM307 juta,” katanya.
Tengku Zafrul berkata bagi Program Pengekalan Pekerja dengan peruntukan sebanyak RM120 juta untuk membiayai RM600 sebulan bagi pekerja yang bercuti tanpa gaji, sehingga 12 April 2020, kerajaan telah menerima pemohonan daripada 6,900 majikan untuk 47,000 pekerja.
“Implikasi peruntukan adalah berjumlah RM28.6 juta,” katanya.
Perangkaan diumumkan Tengku Zafrul itu adalah berdasarkan kepada laporan Pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) yang dilaporkan oleh Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (LAKSANA).
Antara tarikh yang dijangka akan masuk selepas menyemak di laman rasmi i-lestari KWSP. Boleh rujuk gambar dibawah
https://ilestari.kwsp.gov.my/
Sumber Hmetro/Edisi Hiburan

No comments

Powered by Blogger.
facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close