Peniaga Yang Menjual Telur ayam RM1 Sebiji Berdepan tindakan Tegas Dari KPDNKK Dan KPDNHEP
Seorang peniaga di Ipoh berdepan tindakan tegas setelah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Perak menerima aduan.
Itu adalah berikutan daripada pelanggan yang menyatakan bahawa sebuah premis perniagaan di Meru, Ipoh menjual sebiji telur dengan harga RM1.
Gambar hiasan/Unsplash
Pengarah KPDNHEP Negeri Perak, Saifullizan Kamarul Zaman berkata pihaknya telah menjalankan siasatan dengan kehadiran lima orang pegawai penguatkuasa pada hari yang sama aduan diterima.
Hasil pemeriksaan mendapati premis berkenaan yang turut menjual pelbagai keperluan harian termasuk telur ayam telah meletakkan tanda harga bernilai RM1 sebiji tanpa pernyataan gred telur.
“Harga jualan telur ayam yang dipamerkan adalah RM1 sebiji tanpa dinyatakan gred telur tersebut dan ketika pemeriksaan hanya terdapat empat papan telur ayam dengan jumlah 114 biji dipamerkan untuk jualan,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat, 10 April.
Berikutan itu, pihak KPDNHEP Negeri Perak telah mengeluarkan satu notis di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 kepada perniaga terbabit.
Disamping itu, peniaga berkenaan juga dilaporkan boleh disiasat di bawah Seksyen 12 (1) Akta Perlindungan Pengguna 1999 kerana telah mengelirukan pelanggan dengan jualan telur gred yang tidak dinyatakan pada harga RM1 sebiji.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Post a Comment