Header Ads

Saya mohon maaf kepada semua rakyat Malaysia – Dr Mahathir

Tahun 2020 merupakan satu tahun yang penuh cabaran buat Malaysia.

Antara cabaran terbesar adalah pertukaran kerajaan daripada Pakatan Harapan kepada Perikatan Nasional.

Siapa sangka dengan kemenangan besar diperolehi oleh Pakatan Harapan dalam pilihan raya umum sebelum ini, ianya tidak sampai pun penggal memerintah.


Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mengetuai Pakatan Harapan selaku Perdana Menteri yang memerintah sebelum ini berkata, “Saya terpaksa meletak jawatan kerana sudah hilang sokongan. Saya tiada pilihan,” kata Tun Dr. Mahathir Mohamad kepada sekutu-sekutunya dalam Pakatan Harapan.

Menerusi satu rakaman video berdurasi 1.30 minit, Pengerusi Bersatu itu meminta maaf kerana strategi beliau telah menyebabkan kerajaan Pakatan Harapan tumbang hanya selepas berkuasa selama 21 bulan sahaja.

“Saya ingat selepas saya meletakkan jawatan, saya boleh bertemu dengan Yang di-Pertuan Agong dan kita semua boleh menyakinkan Baginda dan memaklumkan kepadanya, saya masih mempunyai sokongan.

“Saya sekali lagi meminta maaf,” katanya.

Video tersebut dipercayai dirakam dalam satu pertemuan Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Harapan di Yayasan Al-Bukhary yang mana pada masa yang sama, Tan Sri Muhyiddn Yassin mengangkat sumpah di Istana Negara sebagai Perdana Menteri Kelapan.

Turut kelihatan di dalam video yang dkongsi di laman Twitter tersebut adalah Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dr. Mahathir juga mendedahkan pengkhianatan yang didakwanya telah dilakukan oleh Muhyiddin.

Pengkhianatan tersebut katanya, menyebabkan Muhyiddin berjaya dipilih sebagai Perdana Menteri oleh Yang di-Pertuan Agong.

“Saya tidak bersetuju (untuk bekerjasama dengan UMNO), andalah kena bertanding.

“(Tetapi) tidak lama selepas menzahirkan kesetiaan beliau kepada saya (beliau kemudiannya khianat).

“Beliau sebenarnya menyatakan kesetiaan kepada diri sendiri (Muhyiddin bertindak bekerjasama dengan UMNO dan mencalonkan diri sebagai Perdana Menteri).

“Beliau sanggup bekerjasama dengan pencuri, penyangak, penyamun malah pembunuh.

“Inilah karakter sebenar beliau,” katanya lagi.

Ahli Parlimen Langkawi itu juga meminta maaf kerana tidak menyedari lebih awal pengkhianatan Muhyiddin.

Jelasnya, beliau telah mengesyaki sesuatu tetapi tidak boleh bertindak kerana tidak mempunyai bukti yang cukup ketika itu.

“Saya minta maaf. Beliau adalah timbalan saya, orang kanan saya.

“Saya selalu curiga tetapi anda tidak boleh bertindak berdasarkan kecurigaan sahaja. Jika ada bukti kukuh, anda boleh bertindak,” ujarnya lagi.

Video yang dimuat naik di Twitter oleh akaun bernama Rashid Yusoff itu diakui tulen oleh beberapa ahli Parlimen.

Dengan terlantiknya Tan Sri Muhyiddn Yassin sebagai Perdana Menteri ke-8 maka dengan ini secara rasminya kerajaan Pakatan Harapan itu runtuh sama sekali.

Kini, Malaysia sedang menghadapi cabaran terbesar sekali lagi untuk tahun 2020 dibawah pemerintahan Tan Sri Muhyiddn Yassin. Malaysia kini "berper@ng" dengan wabak yang sedang menular di Malaysia dan seluruh dunia iaitu Covid-19.

Diharap semoga kepimpinan Tan Sri Muhyiddn Yassin dapat meredakan wabak Covid-19 yang sedang melanda ketika ini.

1 comment:

  1. He should be asking forgiveness for not being able to be a good PM.. he never looked out for the rakyat welfare, he kept saying the govt cannot help the rakyat n kept asking everyone to 'ikat perut' n stop asking for handouts! So many poor people used to be hungry n with no aid from the govt, our homeless numbers rose!! So he shud be asking forgiveness for that!! N stop talking about the previous govt or 'pengkhianat', etc. Its all 'me, me, me' with him isnt it?? N to think that I voted for him... I hv lost my respect for him, seriously!

    ReplyDelete

Powered by Blogger.
facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close