Tular gambar pelancong terduduk merayu, Polis Temerloh akhirnya ambil tindakan identiti pelancong ini bukan sembarangan rupanya
Disaat seluruh negara Malaysia dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) dek kerana ancaman wabak Covid-19, ada sebahagian orang yang berada di negara ini tidak bernasib baik seperti orang lain.
Disaat insan lain yang tinggal di rumah masing-masing pada musim PKP ini, ada juga insan lain yang tidak mempunyai tempat tinggal.
Itulah yang dialami oleh sebahagian insan yang ada di negara ini.
Semalam seorang pengguna di facebook memuat naik beberapa keping gambar yang memaparkan seorang pelancong asing terduduk sambil merayu dihulurkan makanan kepadanya.
Pelancong asing itu dikatakan terkandas di Temerloh dan duduk dihadapan pintu masuk makanan segera sambil memengang potongan kotak yang tertulis “I can’t go home and have no money. I need a food (Saya tidak boleh pulang dan tiada duit (saya lapar).
Diselamatkan oleh Polis Temerloh
Tidak perlu menunggu lama dengan kisah yang tular itu, pihak berkuasa iaitu PDRM mula bertindak atas maklumat dari orang awam.
Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Yusri Othman berkata, lelaki berusia 42 tahun itu yang berasal dari Moscow, Rusia ditemui berlegar-legar di hadapan Pasaraya TMJ Temerloh kira-kira jam 4.30 petang tadi.
Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati lelaki tersebut telah memasuki negara ini melalui sempadan Thailand-Malaysia (Bukit Kayu Hitam) pada 17 Mac lalu.
“Jurutera tersebut merupakan seorang backpackers yang datang ke negara ini dengan tujuan melancong. Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada 18 Mac lalu, dia berada di Kuantan.
Setelah tularnya berita mengenai lelaki berkenaan, polis tempatan bertindak menyelamatkan lelaki berkenaan yang ditemui berlegar-legar di hadapan Pasaraya TMJ Temerloh. Rupa-rupanya, pelancong berkenaan merupakan seorang jurutera kargo dari Rusia
Dipercayai menumpang sebuah lori, warga Rusia itu kemudiannya telah diturunkan di Temerloh oleh sebuah lori yang sedang dalam perjalanan menuju ke Kuala Lumpur semalam, sebelum pihak polis menemuinya hari ini di bandar tersebut.
Gambar lelaki itu yang memegang potongan kotak yang tertulis “I can’t go home and have no money.I need a food (Saya tidak boleh pulang dan tiada duit (saya lapar) di hadapan sebuah restoran segera di bandar itu kemudian tular.
Jelas pihak berkuasa tempatan, dia berusaha untuk pulang ke Rusia namun tiket penerbangannya dibatalkan dan telah gagal menghubungi dua rakannya.
Ujian Saringan COVID-19 Dilakukan!
Dia kemudian dibawa ke Klinik Kesihatan Tanjung Lalang untuk menjalani ujian saringan kesihatan COVID-19 dan kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Temerloh untuk tindakan lanjut.
Malah, kedutaan Rusia juga telah dihubungi dan pihak polis sedang berusaha menguruskan penghantaran jurutera itu ke pihak kedutaan di Kuala Lumpur sebelum dihantar pulang ke Rusia.
Semoga nasib malang yang dihadapi oleh pelancong asing itu berakhir. Terima kasih diucapkan kepada keprihatinan rakyat Malaysia dan pihak polis dalam menangani masalah ini.
Post a Comment