Header Ads

Video - Hari-hari lauk telur, bapa tanya anak ko kentut bau apa aaa?


Hampir sebulan berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kaum ibu dilihat kehabisan idea menyediakan masakan harian.
Tidak ketinggalan si cilik yang mahu menunjukkan “kreativiti” di dapur sehingga mengundang kecaman bapa.

Demikian video yang dikongsikan pengguna Twitter, Hanif Daslepzz mengenai seorang budak bernama Imran.
Video 25 saat mengisahkan seorang bapa yang membuka tudung saji melihat empat hidangan iaitu telur sos, telur goreng mata, telur dadar dan telur rebus.
Lelaki itu bagaimanapun terkejut melihat anaknya, yang masih di dapur dan bertanya masakan berikutnya.
Bapa: Masak apa Imran?
Imran: Gulai telur
Bapa: Selera biawak ke? Semuanya telur
Imran: Nasib baik gulai telur. Musim kuarantin ayah
Perbualan dua beranak nyata menghiburkan warga maya melihat obses Imran terhadap telur.

No comments

Powered by Blogger.
facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close