Header Ads

Wanita Selamatkan Telur Itik Yang Retak Dengan Meletakkannya Dalam Bra, Anda Pasti Terkejut Apa Yang Terjadi Selepas Itu.

Seorang wanita sedang membawa 3 orang anaknya bermain di taman apabila mereka ternampak sarang itik yang telah dimusnahkan oleh kanak-kanak.

Selepas diperiksa, Betsy Ross mendapati semua telur di dalam sarang itu telah dihancurkan. Namun anak-anaknya menemui sebiiji telur yang masih elok tetapi mempunyai sedikit keretakkan pada kulitnya.
Anak-anak Betsy merayu ibunya untuk menyelamatkan telur itu, dan wanita dari California itu memutuskan untuk cuba menyelamatkan telur tersebut.
Pada mulanya Betsy tidak merasakan bahawa telur itu akan dapat diselamatkan kerana keretakan pada kulitnya dan dia sendiri tidak mempunyai pengalaman menetaskan telur haiwan.
Betsy cuba mendapatkan pertolongan pakar dengan menghubungi pusat perlindungan haiwan, malangnya mereka tidak menerima telur haiwan.
Selepas mencari maklumat tentang bagaimana untuk menjaga telur haiwan, Betsy mendapati telur memerlukan persekitaran yang suam dan lembap untuk terus membesar, jadi dia mula menyimpan telur itik itu di dalam bra yang dipakainya.
Memandang dia seorang wanita berbadan besar dan kerana dia tidak mampu membeli mesin inkubator untuk mengeram telur itu, Betsy percaya bahawa ruangan dalam pakaian dalamnya dapat memberikan persekitaran yang sesuai untuk telur itu.
Betsy menyimpan telur itu di dalam bajunya selama 35 hari dan tidak lama selepas itu telur itik itu berjaya menetas.
Walaupun proses menetas mengalami sedikit masalah kerana suhu yang tidak stabil menyebabkan itik itu keluar dalam keadaan pramatang, tetapi itik itu akhirnya membesar dengan sihat.










Sumber: Bored Panda

No comments

Powered by Blogger.
facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close