Header Ads

Zulin buat ‘hal lagi’, dengan Salman Khan pula- “Kenape laki dah bertukar…”

Sebut saja namanya, pasti ramai sudah mengenali dengan selebriti serba boleh Zulin Aziz atau nama penuhnya Farah Azleenda Abdul Aziz dimana dirinya sejak bermula tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mula menghiburkan peminat dengan cara kreatif.


Sejak kemunculan video-video lucunya yang dikongsikan menerusi Instagram (IG), Zulin Aziz semakin menjadi bualan hangat ramai apabila dia beralih ke laman sosial dengan menghasilkan video komedi lalu berjaya menghiburkan warganet.


Sejak episod drama ‘komedi’ dilakukannya apabila dia menghasilkan video dengan pelakon Bollywood, Arjun Rampal sebagai watak suaminya dan mendapat perhatian dari pelakon itu sendiri membuatkan semakin ramai ternanti-nanti sambungan video kreatif selebriti ini.
Jika sebelum ini, watak Tok Kiah ditambah dalam drama komedi dilakukannya itu walau bagaimanapun, Zulin Aziz yang sekian lama tidak menghasilkan video itu lagi membuatkan ramai berdekah apabila dia menghasilkan video baru bersama pelakon lain pula.
Video Zulin dengan Salman Khan pula cuit hati ramai
Dilihat seperti membuat iklan namun idea kreatif pelakon dan pengacara terkenal ini sekali lagi menghiburkan ramai apabila dia menghasilkan video bersama pelakon terkenal Bollywood, Salman Khan.

Perkongsian video itu membuatkan ramai terhibur sehinggakan dia juga menerima pelbagai komen seloroh peminat apabila watak suami Zulin Aziz itu bertukar dari Arjun Rampal dengan Salman Khan pula.
Dalam pada masa yang sama, seperti biasa video Zulin Aziz terbaru ini meraih ribuan tontonan dan tanda suka dalam masa sekejap.
Reaksi lucu ramai diruangan komen
       Screenshot_185

No comments

Powered by Blogger.
facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close