Header Ads

Bantu G0longan Memerlukan Dan Terjejas, Adi Putra ‘Sengaja’ Menunjuk Kebaikan Di Media Sosial

Media sosial ini boleh mendatangkan kesan baik dan juga sebaliknya. Jika kita pandai menggunakan kelebihan, ia boleh mendatangkan kesan yang sangat bermanfaat kepada orang lain.
Namun, bukan lah perkara mudah untuk memuaskan hati semua pihak. Bila tayang perkara baik, dikatakan pula bersikap riak dan menunjuk-nunjuk. Walhal ianya memberi dorongan kepada orang lain untuk turut serta.
PERBUATAN BAIK USTAZ EBIT PERNAH DISALAH TAFSIR
Lihat sahaja keadaan sekeliling dalam menghadapi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ramai yang mula tersepit dan mengharapkan bantuan orang ramai.
Sebelum ini kita dapat lihat pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew yang melancarkan misi amalnya. Ke pelusuk negeri dia turun dalam meringan bantuan kepada mereka yang memerlukan.
Apa yang mengecewakan adalah tanggapan pihak yang berhati busuk, menyifatkan Ebit Lew sengaja meraih publisiti dan tanpa segan silu menjatuhkan hukum sendiri tanpa selidik latar belakang punca pendapatan Ustaz Ebit.

ADI PUTRA SENGAJA TAYANG KEBAIKAN
Turut mengikut jejak langkah pendakwah muallaf tersebut adalah pelakon terkenal iaitu Datuk Adi Putra. Menerusi entri Instagramnya semalam, dia dengan sengaja memuat naik gambar sedang memberi sumbangan kepada golongan yang  terjejas ketika PKP.
Jelasnya, dia tidak lagi kisah jika pelakuan tersebut disifatkan oleh netizen sebagai menunjuk-nunjuk.
“Sejak PKP tak pernah nak Upload tapi hari ni nak UPLOAD. Seperti di ungkap UEL @ebitlew “Saya memang Menunjuk”, Ada sesiapa nak kcam? Mari tampil DEPAN. Cubit peha kiri peha kanan terasa.” Kongsi Adi Putra.
SEMOGA ADI PUTRA MURAH REZEKI-NETIZEN
Melihat kepada reaksi pengikutnya, rata-rata terhibur dengan perkongsian sentap pelakon yang terkenal dengan watak Jai tersebut. Menunjuk bukan untuk buat benda jahat yang penting niat ikhlas membantu dan Allah yang menilainya.




Mereka juga sempat memuji usaha baik Adi yang turut peka masalah rakyat dan mendoakan agar dia terus dimurahkan rezeki.
Sebagai kesimpulannya, jika kita tidak mampu untuk melakukan kebaikan, jaga lah lidah dan jangan la pula burukkan urusan baik orang lain dengan menjatuhkan hukum membuta tuli.
SUMBER – meeck

No comments

Powered by Blogger.
facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close