Header Ads

Rajin Baca Al-Quran, Anak Rita Rudaini Imamkan Solat Terawih

Pelakon jelita Rita Rudaini berkongsi swafoto bersama dua putera kesayangannya, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna selepas selesai menunaikan solat sunat terawih pertama malam tadi.
Menerusi laman Instagram, pelakon berusia 44 tahun itu bersyukur apabila masih diberi peluang untuk beribadah dan berharap agar umat Islam mendapat keberkatan daripada Allah SWT.

“Imam terawikh kami malam ni ajak selfie. Alhamdulillah malam Ramadan pertama untuk kita semua. Moga diberi keberkatan…di setiap kejadian ada hikmah. Selamat berpuasa semua,” katanya.
Menerusi gambar lain, ibu tunggal berkenaan turut berkongsi beberapa posting aktiviti harian anaknya yang berusia 11 dan sembilan tahun itu dimana banyak meluangkan masa dengan mengaji al-Quran.




Tidak membiarkan mereka keseorangan, pelakon filem Mami Jarum itu turut mengambil langkah bagi memperbetulkan bacaan tajwid menerusi kelas mengaji secara ‘online’.


Rata-rata menyifatkan Rita beruntung kerana memiliki zuriat yang minat bagi mempelajari al-Quran selain berjaya mendidik mereka menjadi anak-anak soleh.

Sejuk mata memandang


Rezeki paling berharga sis!

Kecik2 dah pimpin solat

Alhamdulillah moga cerdik & soleh


Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

No comments

Powered by Blogger.
facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close