Header Ads

Sebuah Parti Politik Didakwa Mungkin Akan Mengutip Zakat Fitrah. Guna Sifat Sedekah Orang Malaysia Kumpul Duit Parti Ke.

Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) menggesa sebuah parti politik di negeri ini yang didakwa mengutip ‘infaq wajib Ramadan’ sebanyak RM7 agar segera menghentikan tindakan itu.
Yang Dipertua MAINPP, Datuk Abdul Malik Abul Kassim, berkata pihaknya menerima aduan daripada sebahagian besar amil zakat fitrah di negeri ini yang meluahkan kebimbangan mereka terhadap perkara itu.


Katanya, tindakan parti politik itu dikhuatiri boleh mengelirukan orang ramai dalam suasana pembayaran zakat fitrah sepanjang Ramadan ini.
“Jika terbukti bahawa terdapat cubaan pihak berkenaan memungut zakat fitrah di Pulau Pinang, maka sebagai badan menjaga kepentingan amil lantikan MAINPP, kita tidak akan teragak-agak mengambil tindakan sewajarnya,” katanya dalam satu kenyataan, di sini semalam.
Mengikut Seksyen 33 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Negeri Pulau Pinang) 1996, mana-mana individu yang memungut zakat atau fitrah tanpa dilantik sebagai amil atau selainnya yang diberi kuasa oleh MAINPP, ia menjadi satu kesalahan dan boleh didenda jika disabitkan kesalahan.
“Jika disabitkan kesalahan, maka boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
“Mahkamah hendaklah memerintahkan supaya pungutan itu dirampas dan dibayar ke dalam kumpulan wang yang ditubuhkan di bawah Seksyen 90(1) Enakmen Pentadbiran,” katanya - BERNAMA

Kadar Zakat Fitrah Mengikut Negeri 2020


No comments

Powered by Blogger.
facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close