Header Ads

Selepas dipanggil ke Cawg. Khas Bkt Aman. Ebit Lew akhirnya mengundur diri

Nampaknya dugaan yang ditempuhi oleh pendakwah seperti Ebit Lew seperti tidak kesudahan. Terbaru dia dipanggil ke untuk ke Cawangan Khas Bukit Aman untuk mendapatkan dan memberi penjelasan terutama kes derma yang  viral beberapa hari lalu. Ebit Lew juga menyatakan atas nasihat, sampai disini sahjalah dia dapat berkihmadt untuk masyarakat dan membantu mereka yang dalam kesusahan

Berikut status terbaru di muat naik oleh Ebit Lew
“Menangis dari tadi. Cuma nak menangis pada Allah. Entahlah. Tersandar rasa. Rasa penat sangat. Walau saya ada kebenaran untuk memberi bantuan. Dari tengah malam semalam saya dihubungi untuk ke Cawangan Khas Bukit Aman. Terus ke sana hari ini untuk mendapatkan dan memberi penjelasan terutama kes viral beberapa hari lalu kerana ada aduan. Atas nasihat setakat ini sahajalah saya berkhidmat membantu semua yang dalam kesusahan. Mereka semua baik-baik melayan saya dengan sangat baik. Terima kasih sangat.
Cuma sayalah terasa sedih sangat. Andai saya menyusahkan sesiapa saya minta maaf. Saya memang tak boleh tengok orang tidur atas najis atau tepi jalan. Lebih seratus orang dah saya bayar penginapan dan tempat tinggal. Cuma beberapa kes tu saya kongsikan dengan kawan di media fb saya. Saya pun tak niat nak viral apa ke. Ramai anak-anak susah terbiar tahfiz saya bayarkan yuran mereka. Perniagaan saya sebenarnya sangat baik. Syukur pada Allah. Rezeki melimpah ruah. Saya belanja duit saya sendiri dari dulu lagi untuk bantu orang dimana-mana. Masa pkp ini dah berjuta habis. Duit simpanan saya sendiri dah sejuta ringgit saya belanjakan. Sekarang ramai juga mula bersama saya dalam kerja membantu dan menyelamatkan mereka yang dalam kesusahan termasuk frontliner.
Saya minta maaf. Saya memang jadikan media ini medan berkongsi rasa kasih sayang dengan semua. Tadi menangis saya beri keterangan pada beberapa pegawai sebab penat kot. Serius penat sangat. Saya tak salahkan sesiapa. Saya bukan ahli politik. Saya bukan sesiapa. Cuma cina Islam yang sayangkan Islam dan Negara Malaysia.
Saya minta maaf pada semua yer. Atas nasihat setakat ini sahajalah saya berkhidmat pada semua secara langsung. Saya cuma akan transfer duit pada orang susah. Saya teruskan dari rumah sahaja. Jangan tag saya lagi kes orang susah. Nanti habis PKP baru saya cuba bantu.
Saya cuma nak peluk anak saya. Saya nak peluk bidadari saya. Selamat Ramadhan pada semua. Jika ini harga perlu dibayar setelah semua ini saya reda. Saya minta maaf pada semua ye. Saya salah. Kepada Allah saya berserah. Ya Allah aku adukan sedih aku, susah aku hanya kepada Engkau.”
Perkogsian Ebit ini mendapat 170 ribu reaksi dan 16 ribu komen, 21 ribu perkongsian selepas 1 jam di muat naik. Rata-rata netizna terus menyokong dan memberi kata-kata semangat lepada beliau
Memikirkan tentang kepayahan dan kepenatan mereka, pendakwah bebas Ustaz Ebit Liew tampil memberikan sumbangan kepada mereka. Walaubagaimanapun, ada segelintir orang yang kurang senang dengan niat murni beliau
Jika sebelum ini beberapa individu telah memuat naik satu posting berkenaan seorang ustaz selebriti yang dikatakan tidak berpuas hati dengan Ustaz Ebit Lew kerana mendakwa sikapnya yang menunjuk-nunjuk ketika memberikan sumbangan kepada beberapa buah hospital dan pengamal perubatan. Bahkan ada Ustaz yang mengeluarkan kenyataan har4m berkongsi gambar-gambar dan video orang m1skin
Sebelum ini  Ustaz Ebit pernah  tampil memberikan penjelasan berhubung isu tersebut.

Kasihan mereka sangat

Dah malam bila tengok muka isteri dan anak rasa sedih. Sayu dan menangis. Saya kalau boleh langsung tak nak keluar rumah walau selangkah. Saya sangat sayang isteri dan anak-anak saya kerana Allah. Saya benar-benar faham kepentingan kuarantin dan duduk di rumah. Saya hari-hari ceramah pada orang lain dari awal lagi. Itulah sentiasa pesanan saya pada semua orang stay at home.
Setiap malam tengok isteri dan anak-anak dari jauh tak bagi mereka cium saya. Sedih rasa. Kita semua sebenarnya sedang benar diuji. Ya Allah padaMu kami mengadu sedih dan susah kami. KepadaMu kami semua berserah. Lepas tengok muka anak tengok email dan mesej setiap hari ada surat rasmi atau mesej dari hospital. Keperluan di hospital yang teramat penting kerana ini melibatkan keselamatan mereka.
Perkataan lain mereka merisikokan nyawa mereka untuk orang lain. Tengoklah berapa ramai Doktor, Petugas Frontline, nurse, MA, polis, dan bahagian hadapan lain dan semuanya sekarang positif cov1id 19. Kasihan mereka sangat. Berbaloi ke kerana gaji mereka buat semua itu. Tapi kerana Allah mereka berjuang berkorban. Ya Allah selamatkan mereka semua. Itupun ada mulut svmbang cakap macam-macam pada mereka. Sedih. Saya sayang mereka semua.

Kawan rapat meni1nggal sebab Covi1d-19

Begitu juga dari awal dah berapa orang kawan rapat saya kenal men1inggal dalam covi1d ini. Semoga Allah beri pahala syahid buat mereka. Cov1id ini telah memisahkan kita secara zahir. Janganlah ia memisahkan dan menjauhkan hati kita. Semoga Allah rapatkan hati kita semua. Sedihkan isteri tak dapat tengok suami dari mula sampai tanah kbbur. Begitu juga ibu bapa keluarga.
Sedih. Ramai kawan saya di icu masih bergantung pern4fasan. Cikgu-cikgu saya yang ajar saya masa kecil di kaurantin di hospital. Setiap pagi saya melangkah keluar rumah rasa takut sangat. Saya ke sana sini. Saya ada surat polis dan hospital. Surat kebenaran semuanya. Saya niat semua ini menjadi asbab kebaikan dan hidayah. Kita semua menjadi sebuah keluarga.
Semua staf pejabat dan 3 restoran saya 53 orang semuanya cuti. 53 orang staf saya yang amat saya sayangi. Terima kasih bekerja dengan saya selama ini. Saya sayang mereka. Saya nak suruh sesiapa hantar bekalan waktu cov1id untuk kerja ini saya tak berani. Saya sayang mereka. Mereka cuti semuanya. Setakat ini bayar semua gaji mereka insyaAllah. Biarlah saya sendiri yang buat semua ini dan beberapa sukarelawan lain sebagai kawan bukan staf. Semoga Allah lindung saya dan kamu semua dari cov1id 19 ini.

“Ramai ustaz kutuk saya di belakang, Saya tak kacau pun hidup dia’

Kalau ada pahala untuk sabar ni, saya hadiahkan untuk mak saya. Saya selalu tengok orang kutuk saya kat belakang. Ada group2 Ustaz,  alim ulamak dalam group kutuk saya ramai-ramai.
Saya tahu semua sekali, saya baca. Saya pun tak nak balas. Saya doa mereka diberi  hidayah. Bila benda macam tu saya baca, cakap saya update status hari-hari.
Saya tak kacau hidup dia, saya tak sebut nama dia, saya tak pernah keji dia, saya tak pernah hina dia. Satu sen pun saya tak mintak dengan dia, satu apa pun dia orang tak didik saya. Yang didik saya ustaz-ustaz dan cikgu-cikgu saya. Mereka dah men1inggal dalam kubvr.
Ada seorang bekas guru saya pernah menangis dalam masjid, doa saya tengah malam.Dia nangis doa untuk saya, doa untuk mak saya, doa untuk keluarga saya. Itulah ustaz dan alim ulamak sebenar, nangis untuk orang jah4t, nangis untuk penz1ina, ya Allah jangan marah mereka, beri mereka hidayah .Ya Allah fahamkan mereka, berilah mereka hidayah. Malam dia nangis untuk saya, siang dia tegur. Sikit dia tegur saya. Sekarang  berbeza, banyak ustaz dan alim ulamak mereka keji kita kat belakang. bukan kat belakang sahaja, dekat feacbook dekat instagram. Saya banyak kali pergi masjid kena halau, ustaz-ustaz halau saya. Ramai orang alim ulamak yang belajar jauh jauh, mungkin dia tengok cina mana ni. Mungkin dia penat belajar jauh-jauh.
Tujuan saya selalu berkongsi di sosial media,saya nak anak-anak kita tengok kebaikan. Saya tak nak tengok anak-anak kita sayang orang korea, tak salah tengok korea, tapi saya nak anak-anak kita tengok kebaikan Islam di sosial media. Kita orang Islam kena tunjuk contoh-contoh yang baik. Malam saya nangis, doa Ya allah mereka tak faham ,tak tahu, beri mereka hidayah
Tapi bila ada ustaz mesej saya atau team saya kata apa saya buat ini tak ikhlas dan boleh jatuh H4RAM sebab rakam dan tunjukkan. Siap lepas tu update status dan kata saya di sana sini. Saya tak kisah pun. Tak rasa apa-apa. Dari kecil saya rasa macam ni. Saya tak rasa sedih bila orang cakap-cakap. Tapi ustaz-ustaz terasa juga sebab saya ni baru belajar Islam.
Biasalah manusia ini berbeza pendapat. Tak apa nanti habis cov1id ini saya ni jumpa mereka semua seorang demi seorang. Tunggu yer nanti saya jumpa semua. Saya sayang semua kerana Allah. Sedekah ada 2 jenis sembunyi dan terang-terangan. Dua-dua tetap sedekah. Disebut dalam Al-Quran. Begitu juga hadis. Saya pohon Allah maafkan saya dan sentiasa beri saya keikhlasan. Pohon doakan saya itu sahaja saya dan kita semua harapkan Redha Allah.
Ramai juga alim guru saya beri kata doa dan dengan doa tuan puan. Terima kasih tolong doakan saya. Gembira dakwah ini sampai pada ramai bukan Islam pm saya. Tanya tentang apa itu Islam. Gembira rasa. Kadang dakwah ini dengan kata-kata. Ada masa dengan akhlak. Media ini juga boleh jadi sumber dosa atau pahala.

Saya minta maaf

Duit atau terkenal itu bukan boleh bawa masuk kvbur pun. Entah-entah esok lusa tak ada. Dunia ini pun belum tentu ada. Ada yang lebih besar dari semua itu ialah Redha Allah. Itulah segalanya. Pohon doakan yer. Baru tempah 1 lori 10 tan untuk bantu lebih banyak tempat. Terima kasih ramai juga kawan-kawan yang berkongsi rezeki. Terima kasih semua. Semoga Allah terima semuanya.

Saya minta maaf pada pada semua saya banyak buat silap salah atau lukakan hati sesiapa. Dari hujung rambut sampai hujung kaki. Saya Ebit Lew minta maaf pada semua. Saya salah. Saya tak pandai. Saya cuma cina baru belajar Islam. Saya bukan ustaz atau pendakwah. Saya cuma sayangkan Islam ini dan negara ini lebih dari ny4wa saya sendiri.

No comments

Powered by Blogger.
facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close